bsej.gif (2993 bytes)
 Sekolah Kebangsaan Penghulu Salleh,Batu Pahat, adalah merupakan diantara beberapa buah sekolah terawal ditubuhkan di negeri ini.Sekolah ini mula ditaja di Kampong Batu Putih dalam Mukim 4,Batu Pahat,dalam tahun 1910.Sekolah ini telah dinamakan dengan nama Sekolah Melayu Batu Putih sempena nama kampung ini ketika itu.Nama Batu Putih ialah berasal dari timbunan batu-batu putih yang merupai seperti sebuah bukit di kawasan tersebut.
    Bangunan sekolah yang mula-mula dibina ini merupakan bangunan sementara yang di dirikan secara gotong royong oleh penduduk-penduduk kampung.Dalam tahun 1924.14 tahun kemudiannya Kerajaan Johor telah bermurah hati membina sebuah bangunan kekal yang baru bagi menggantikan bangunan yang ada.Bangunan ini telah di bina di atas tapak bangunan yang ada sekarang,terletak di Kampong Mampan iaitu kira-kira 1 km dari tapak bangunan lama.Bangunan sekolah yang baru (JKR 201 ) terletak di atas sebidang tanah meliputi kawasan seluas 2 a 1r 34p.Pada awalnya tanah ini (Lot No 4137 telah di beli daripada Tuan Haji Siraj bin Abd Karim dan Lot No 7715 untuk kawasan padang bola sekolah pula di hadiahkan oleh En Mohd Ali bin Abd Hamid,seorang dermawan di Kampung Mampan.
    Bagi menampung keperluan murid-murid yang bertambah,dalam tahun 1934,kerajaan telah membesarkan dan menambah lagi satu blok bangunan seluas 70 X 24 kaki .Kemudiannya dalam tahun 1939 pula pihak kerajaan telah membesarkan lagi bangunan ini dengan menambah seluas 40 X 24 kaki.
Dalam tahun 1964 penduduk-penduduk kampong telah menaja sebuah sekolah khas untuk murid-murid perempuan yang berasingan.Bangunan sekolah ini adalah bekas sebuah kilang minyak kelapa,yang di hadiahkan oleh En Daud bin Hj Yusof seorang penduduk kampung ini.Bangunan ini telah dipinda dan di ubahsuai oleh penduduk-penduduk kampung untuk di jadikan sebuah bangunan sekolah bagi menempatkan murid-murid perempuan yang berasingan dan di namakan Sekolah Melayu Perempuan Mampan.

Dalam tahun 1967 kedua-dua bangunan sekolah ini iaitu Sekolah Melayu Batu Putih dan Sekolah Melayu Perempuan Mampan ini telah di satukan pentadbirannya dan di namakan Sekolah Kebangsaan Mampan, Simpang Lima,Batu Pahat.

Bagi menampung keperluan tempat belajar yang lebih selesa dan sesuai dengan keperluan semasa,di samping menggantikan bangunan lama yang telah uzur,maka dalam tahun 1971,pehak Kerajaan Pusat telah membina sebuah bangunan baru dua tingkat (JKR 1153) untuk 4 bilik darjah,sebuah pejabat,dua buah bilik air dan sebuah kantin.
    Dalam tahun 1983 kerajaan telah menambah dan membina sebuah bangunan baru lagi iaitu bangunann 2 tingkat (JKR 1792) untuk 8 bilik darjah,sebuah bilik perpustakaan sebuah bilik ETV dan 2 buah bilik air.Pembinaan bangunan sekolah yang baru ini adalah lengkap dengan keperluan dan kemudahan asas seperti bekalan api,air dan sebagainya.

Dengan keadaan ini maka bangunan Kebangsaan Penghulu Salleh sekarang,adalah mengandungi 3 blok bangunan semuanya.Pada masa ini kesemua bangunan sedang digunakan bagi menempatkan seramai 425 orang murid yang terdiri daripada 12 buah kelas.Beberapa pengubahsuaian telah dijalankan seperti bilik kelas pemulihandan bilik muzik serta dewan sekolah.
    Dalam tahun 1979, nama Sekolah Kebangsaan Mampan.ini telah mendapat nama baru ia-itu Sekolah Kebangsaan Penghulu Salleh, Mampan .Nama ini kekal di gunakan sehingga kehari ini.Pertukaran nama baru ini adalah di atas cadangan dan kehendak ibubapa sendiri yang telah mendapat persetujuan dari pehak Kementerian Pelajaran ketika itu.Perubahan nama adalah sebagai mengambil sempena seorang bekas Penghulu Mukim 4,Penghulu Kiai Haji Salleh bin Hj Abd Karim.Penghulu Kiai Hj Salleh dikenali juga sebagai Panglima Salleh.Beliau memanglah tidak asing lagi bagi penduduk Daerah Batu Pahat dan tanahair kita,kerana penglibatan beliau mengetuai orang-orang Melayu di Dearah Batu Pahat berjuang menentang keganasan dan kezaliman yang di lakukan oleh Kominis Bintang Tiga, dalam zaman peralihan Pemerintahan Kerajaan Jepun dan Inggeris dalam tahun 1945 dahulu.

SENARAI GURU BESAR:

TAHUN

GURU BESAR

1907- 1910

Allahyarham En Talib b Bandar

(Penghulu Mukim 4,Batu Pahat)

1910 - 1929

Allahyarham En Melan b Sura

1929- 1958

Allahyarham Tuan Hj Abd Hamid b Hj Abd Karim

1958 - 1975

Allahyarham Tuan Hj Aris b Hj Sulaiman

1976 - 1979

En Mokhtar b Talib

1980 - 1986

Tuan Sheikh Mohammad b Ali

1987 - 1989

Tuan Hj Abd Rahim b Hj Taib

1989 - 1991

Tuan Hj Abd Samad b Jumaat

1992 - 1993

Tuan Hj Mohammad Hashim b Haji Kasmani
      1994 - En Shuhaimi b Kamil

|| Menu || Ucapan || Piagam || UPSR || Kurikulum ||